• No Tel: 088-661163
  • No Faks: 088-661323
  • Emel: mdkotamarudu@gmail.com

21 Syawal 1445

Latar Belakang MKDM

Latar Belakang MKDM

Sebelum penubuhan Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas, ianya adalah dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran Kudat yang pada masa itu dikenali sebagai Jawatankuasa Perbandaran Bahagian Kota Marudu/Tandek.
Pada 1hb. Januari 1983 melalui Enakmen Negeri Sabah No. 8 tahun 1983 Jawatankuasa Perbandaran Bahagian Kota Marudu/Tandek telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas.
Pada tahun 2009 Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas telah berpisah dengan Majlis Daerah Pitas dan pada masa ini dikenali sebagai Majlis Daerah Kota Marudu.
Majlis Daerah Kota Marudu mempunyai dua daerah iaitu Kota Marudu dengan keluasan kawasan operasi 2,034 hektar yang meliputi pekan-pekan kecil, taman-taman perumahan, kampung dan sebagainya dan daerah kecil Tandek dengan keluasan 669 hektar yang meliputi pekan kecil dan kampung-kampung. Kawasan operasi Majlis Daerah Kota Marudu mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Kadazan/Dusun, Bajau, Rungus, Brunei dan lain-lain dengan jumlah seramai 61,000 orang.